SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , » GST : Susu Formula Tidak Dikenakan Cukai GST

GST : Susu Formula Tidak Dikenakan Cukai GST

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak akan berasa lega apabila mereka tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi susu formula.

Selain susu untuk kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan, gula, beras, buku-buku agama dan pertambahan 1,315 jenama ubat-ubatan juga telah disenaraikan sebagai sebahagian daripada perkara berkadar sifar.

Semua bahan bacaan termasuk surat khabar dikecualikan GST selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, majalah dan buku-buku lain yang diklasifikasikan sebagai bukan bahan bacaan akan dikenakan CBP apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan pada 1 April ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan berkata sebelum ini diumumkan buku latihan, kamus, buku teks, buku rujukan, kitab agama, surat khabar termasuk surat khabar elektrik, buku bergambar, buku lukisan dan buku berwarna kanak-kanak dikenakan CBP padar kadar sifar.

Selain bahan bacaan, bilangan ubat dikecualikan CBP di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat sementara cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan lagi jenis ubat yang dikecualikan CBP bagi penyakit tertentu akan dikaji.

Kenyataan itu menyebut yuran penyelenggaraan dan "sinking fund" yang dikecualikan dari CBP ke atas rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah diperluaskan meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.

Kementerian itu juga berkata perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan CBP diperluaskan meliputi pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang dilulus dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.

Dalam membantu kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, sebanyak 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh mereka diberi pelepasan CBP.

Semua jenis beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang serta semua jenis gula seperti gula castor, kasar dan halus dikecualikan CBP tanpa mengambil kira bentuk dan kaedah pembungkusan.

Badan bukan kerajaan dan institusi keagamaan yang terlibat sepenuhnya dalam aktiviti kebajikan atau keagamaan adalah tidak tertakluk kepada CBP.

"Kementerian Kewangan berharap peluasan skop layanan CBP pada kadar sifar, bekalan yang dikecualikan dan pelepasan di atas akan dapat memanfaatkan rakyat dan industri," tambah kenyataan itu. - mStar Online

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir