SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , » Gambar, Spesifikasi, Harga dan Kelebihan New Facelift Myvi 2015

Gambar, Spesifikasi, Harga dan Kelebihan New Facelift Myvi 2015

 Tahniah, kepada perodua Malaysia! Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi 2015 baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan nafas baru sekaligus memastikan Perodua Myvi terus relevan di Malaysia.


Gambar dan foto terkini new facelift Perodua MYvi 2015 baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.
Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi 2015 baru?

Rata-rata tinjauan  setakat ini, ramai kalangan pemilik Perodua Myvi berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.
  • Kereta kecil
  • Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
  • Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
  • Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
  • Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
  • Anda bersetuju?
Cuma diharapkan harga dan price bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?

New Facelift Perodua MYvi 2015 Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :
  • Reka bentuk lampu yang baru
  • Rekebantuk gril
  • Tawaran warna pilihan baru, biru
  • dilengkap dengan tayar aloi
  • Rebentuk meter juga diperbaharui
  • Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit
  • Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
  • Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia
  • di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah
P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi 2015 seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?
PP/S : Tertanya-tanya juga , apa pulanya grill radiator sebesar itu? Untuk “drag race”? Sesuaikah dengan keadaan habuk, kotoran dan keadaan cuaca di Malaysia?

1 baca dan rajin ulas :

Pilot Melayu said... Balas Komen

Salam, bukan nak berlagak sebab saya pemilik dan pemandu kereta mewah, tapi biasanya di jalan, pemendu Muvi ni kurang menitik beratkan keselamatan semasa pemanduan. Contohnua tidak menyalakan lampumpada waktu gelap dan hujan, malah ada yg buat buat lupa pasamg lampu kereta waktu malam atas alasan lampu jalan dah ada. Lampu signal pun terlalu ramai yg tidak menyalakan ketika membelok atau ubah laluan. Terutama kaun wanita dan pemandu Cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir