SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Nak Pasang Astro Perlu "Sembunyikan" Perkataan Islam Dalam Borang Permohonan

Nak Pasang Astro Perlu "Sembunyikan" Perkataan Islam Dalam Borang Permohonan


Heboh di dada-dada facebook hari ini apabila terdapat kononnya seorang retailer Astro meceritakan bahawa pihak Astro telah menolak permohonan pengguna yang memaparkan perkataan Islam di kad pengenalan.

Beliau meluahkan kekecewaan ini selepas pelanggannya telah ditolak borang permohonan hanya kerana perbezaan agama. Perkara ini telah menimbulkan perasaan marah di kalangan pengguna islam di Malaysia.

Mari kita baca luahan berliau.



"Salam BBCD, saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari Astro tentang syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula mula saya biarkan je, tak ambil port. 

Tapi semalam, tujuh pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya.

Saya call Validation Department.

Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama ISLAM dalam MyKad pemohon itu.

Saya tanya kalau agama lain macam mana?

Diorang jawab agama lain tak apa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan. 

Kalau pemohon agama islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam tu baru permohonan diterima. Takkan nak cari rezeki saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. "



Apa yang admin tahu,

PDPA ialah Personal Data Protection Act atau Akta Perlindungan Data Peribadi ataupun akta 709 (Rujuk Sini) dimana pihak Astro terpaksa menyuruh menutup perkataan islam kerana untuk melindungi hak peribadi sebagai seorang pelanggannya kerana kad pengenalan orang islam akan terpapar perkataan Islam.

Apapun admin pun masih belum pasti perkara ini adalah sahih atau tidak. Harap pihak Astro boleh tampil memberi penjelasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir