Panduan Untuk Ibu2, yang menghadapi anak demam...
1 Jika anak
demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains
dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan
teh akan sejuk dalam beberapa
minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk....
samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
2 Bila selsema ...tetap
mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah
keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka
jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak
nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum
pun 3 hari.
3 Batuk....tetap mandikan
3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon
atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,
insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan
sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak
everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
4 Waktu mandi yang sesuai
untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika
terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan
minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
5 Biasakan selepas mandi,
sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan
belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran
darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi
mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh
menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun
belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam
...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak
berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi
satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat
supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan
penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca,
pasti luas pengetahuan.
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA