SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , , » #MH17 : Sedihnya- Abderrahman, 9 Bulan AnaTIdur Dengan Baju Kerja Ayahnya

#MH17 : Sedihnya- Abderrahman, 9 Bulan AnaTIdur Dengan Baju Kerja Ayahnya

Pada usia 9 bulan Abderrahman mungkin tidak mengerti apa-apa tapi kami pasti hatinya tertanya-tanya ke mana menghilang kelibat bapa yang selama ini memanjakannya cuma tak pandai diluahkan.

#MH17 : Sedih - Anak Lelaki Ahmad Hakimi Sertai Solat Jenazah Bapanya


Abderrahman yang merupakan anak pembantu juru terbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi merupakan antara waris mangsa yang paling mendapat perhatian ketika
upacara penghormatan terakhir semalam.

Namun bagi kami gambar paling mengundang sebak adalah Abderrahman tidur sambil diselimutkan dengan uniform bapanya yang mendapat banyak perkongsian di Twitter.

Bagi masyarakat Melayu kita tentu maklum amalan menyelimutkan anak dengan pakaian ini biasanya dilakukan seorang ibu bagi mengelak anak kecil demam kerana terlalu merindukan bapanya yang jauh.
Memang berat dugaan buat semua waris mangsa MH17. Didoakan semoga mereka tabah menerima ketentuan ini sebagai takdir Ilahi.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir