SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Tarikh Tayangan Filem Fast Furious 7 Ditunda Ke 10 April 2015

Tarikh Tayangan Filem Fast Furious 7 Ditunda Ke 10 April 2015

SELEPAS kematian pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker pada akhir bulan lalu, filem ketujuh yang dijadualkan tayangan pada 11 Julai tahun depan ditunda kepada 10 April 2015.

Pengumuman yang sudah dijangka itu dibuat melalui laman sosial Facebook milik pelakon
Vin Diesel.

"Kami menyelesaikan adegan akhir bersama-sama dan ketika itu ada suatu rasa yang sangat berbeza sukar untuk digambarkan.
"Filem ini telah siap sepenuhnya, namun tarikh tayangan akan ditunda kepada 10 April 2015," tulisnya seperti dipetik contactmusic.com.
Cody Walker iaitu adik kepada Paul Walker dikatakan bakal menggantikan watak pelakon tersebut sebagai Brian O Conner.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir