Berdasarkan siasatan ke atas kemalangan yang mengorbankan bintang Fast and Furious Paul Walker dan
pemandu Roger Rodas, sumber penguatkuasaan undang-undang yang tidak
dinamakan memberitahu Associated Press bahawa tidak ada tanda-tanda
kegagalan mekanikal pada Porsche Carrera GT yang telah musnah dalam
kemalangan tersebut.
Laporan dari The Huffington Post mendakwa
pegawai yang berkenaan menyalahkan “kelajuan sahaja” dalam kemalangan
maut tersebut. Laporan yang sama menolak kehadiran
serpihan di jalan
raya, yang mungkin telah menyebabkan Rodas hilang kawalan kereta V10
berkuasa super itu.
Jurutera dari Porsche telah diterbangkan ke California untuk
menyiasat kemalangan itu dengan bantuan perakam on-board data Carrera
GT. Sehingga itu, para penyiasat tidak lagi membuat spekulasi tetang
kelajuan kereta itu sewaktu kemalangan terjadi.
Dah memang “Fast and Furious” kan?