SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Yusry Kesal 'Vikingdom' Disamakan Dengan Karya Hina Nabi

Yusry Kesal 'Vikingdom' Disamakan Dengan Karya Hina Nabi

Pengarah filem Vikingdom : The Blood Eclipse iaitu Yusry Abdul Halim kesal apabila karya arahannya itu disamakan dengan video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad.

Yusry, 39, berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian sangat berbahaya dan boleh menyebabkan ramai pihak salah faham dengan kenyataan itu.

"Jika seseorang yang membaca ulasan tersebut dan tidak memahami situasi sebenar ia boleh mendatangkan masalah lain dan menyebabkan saya dituduh sebagai orang yang menghina agama sendiri dan agama Kristian.
"Tindakan lelaki tersebut menyamakan filem Vikingdom dengan video Innocence of Muslimsadalah satu perbuatan yang sangat-sangat melampau ," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Menerusi laporan sebuah portal berita pada Rabu, seorang pakar mitos, Karl EH Seigfried menyifatkan kandungan filem tersebut menghina dan menyongsang cerita asal mitos Scandinavia zaman pra-kristian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir