NAMPAKNYA pelakon Ashraf Muslim memang berlaku adil kepada kedua-dua isterinya di sebalik kekecohan peminat mempertikaikan niatnya berkahwin lain.
Terbaru, Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman telah bersama-sama meluangkan masa berkualiti bercuti di Pulau Pom Pom yang terletak di Sabah.
Noor Dayana yang juga merupakan seorang doktor juga menulis di laman Facebooknya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki dan masa untuk kami luangkan waktu bersama-sama”.
Baguslah kalau Ashraf pun tahu menjalankan tanggungjawab dan tugasnya dengan adil dan saksama terhadap dua isterinya.
Isteri keduanya, Wan Sakinah dilaporkan kini hamil selama enam minggu selepas mereka mendirikan rumah tangga di Siam, Julai lalu.
Semoga kerukunan rumah tangga Ashraf dengan kedua-dua isterinya akan sentiasa terpelihara dan bahagia mengiringi kehidupan mereka sekeluarga.