Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.
Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.
“Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.“Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.
Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.
“Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”, katanya.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura