Beberapa
keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram
dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku sebelum jam 12:01 malam di
stesen-stesen minyak di seluruh negara.
Bermula
dengan keadaan sesak kenderaan yang merebut harga akhir minyak RM1.90 bagi
RON95 hinggalah gambar suasana berselerak sebuah stesen minyak.
Keadaan
berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak
berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu
memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.
Akibat
bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar
dengan merosakkan beberapa pam.
Beliau
bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba
mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.