SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » “Gambar Itu Untuk Promosi Produk Pelangsingan” – Fida Ibrahim

“Gambar Itu Untuk Promosi Produk Pelangsingan” – Fida Ibrahim

Berikutan isu gambar baju ketat yang dikongsikan oleh Fida Ibrahim di laman sosial Instagram menimbulkan kritikan segelintir pengikutnya, Fida menjelaskan tentang isu gambar berkenaan.
Menurut Fida, gambar itu dirakamkan ketika sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan produk pelangsingan badan yang telah melantiknya menjadi Duta.

Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?
Ditanya tentang segala kritikan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengikut terhadapnya, penyanyi ‘Apo Kono Eh Jang’ itu menjawab dia lebih selesa mengambil perkara tersebut dari sudut positif dan langsung tidak menyalahkan mereka 100%.
Malah Fida mengakui perkara tersebut membuatkannya lebih berhati-hati dalam setiap pemakaian serta foto-foto yang bakal dimuatnaik ke laman sosial dan sebagai satu pengajaran kepada dirinya.
Masa saya upload gambar tu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat dah tersalah anggap.
Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir