SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Aidil Zafuan Sah Cerai Rita Talak 1

Aidil Zafuan Sah Cerai Rita Talak 1

PELAKON Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di Seremban hari ini.

 Rita Rudaini Mokhtar


Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan pasangan terbabit berhubung lafaz cerai berkenaan yang berlaku sebelum ini tanpa kebenaran mahkamah.


Terdahulu, semasa dalam prosiding, Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya.
"Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut," kata Hakim Syarie Hamizan.
Mohd Aidil diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Datuk Zaidi Mohd Zain pula mewakili Rita Rudaini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir