SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Gambar | Fasha Sandha Tetap Berpantang Walau Di Lokasi Pengambaran

Gambar | Fasha Sandha Tetap Berpantang Walau Di Lokasi Pengambaran

Meskipun sudah ke lokasi penggambaran bermula sejak selepas 50 hari melahirkan putera sulungnya, Putra Rayfal namun aktres, Fasha Sandha akui masih menjalani cara berpantang bersalin seperti biasa.

Fasha Sandha berkata dia masih mahu meneruskan niatnya untuk berpantang sehingga 100 hari biarpun terpaksa memulakan penggambaran drama bersiri Tentang Hati terbitan Global Station Sdn Bhd.

"Kesian Tunang Dia Dapat Buaya"- Maria Farida



"Lepas bersalin saya akui ini job pertama saya. Sebenarnya saya terima tawaran ini kerana mereka telahmenawarkan saya untuk membintangi drama bersiri terlebih dahulu iaitu sejak 3 bulan sebelum saya melahirkan Rayfal lagi. Mereka telah cuba dapatkan saya.


"Malah saya sukakan jalan cerita dan watak saya yang kali ini lebih berat selain sudah biasa bekerjasama dengan produksi dan pengarahnya, Feroz Kadir. Memang saya pernah kata mahu berpantang 100 hari dan sehingga kini saya akui masih meneruskannya tetapi saya tidak kata saya mahu berpantang daripada bekerja atau berlakon. Bahkan selepas 40 hari berpantang saya juga sudah keluar ke saloon milik saya, Chinta untuk menguruskan apa yang patut," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir