SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » "what goes around comes around’'- Maria Farida

"what goes around comes around’'- Maria Farida

Aktres yang pernah tampil menerusi siri telenovela ‘Astana Idaman’, Maria Farida mendedahkan yang dia tidak terkejut, bahkan sudah dapat menjangka Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle akan terpalit dengan kontroversi seperti yang sedang dialaminya sekarang ini iaitu putus tunang dan kes tangkap khalwat yang masih belum selesai.



Mengulas lanjut mengenai kontroversi yang menimpa Shahz, Maria mengakui walaupun sudah lama tidak mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu, namun dia mendapat tahu tentang kontroversi itu daripada rakan-rakan dalam industri.

“Sejujurnya, saya tidak mengikuti perkembangan dirinya dan tidak mahu mengambil tahu langsung pasal dia. Tapi, memandangkan kita semua bekerja dalam industri seni, biasalah, apabila orang lain bercakap-cakap mengenai hal yang sama, saya pun turut tahu sekali daripada orang-orang sekeliling. Apa yang ingin saya komen, saya tidak tekejut apabila hal sebegini timbul, malah saya sudah menjangkakan hal ini,” jelas Maria yang berkasih dengan aktor itu dua tahun lalu.

“Saya tidak terperanjat apabila cerita ini sampai kepada saya. Saya malas nak ambil tahu, tapi apa yang boleh saya katakan di sini, ‘what goes around comes around’. Kini, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia. Saya sudah malas nak komen mengenai perihal dirinya,” jelas Maria yang ditemui di majlis pelancaran koleksi Habib Jewels sempena Hari Raya di Ampang baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir