Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , , , » "Gambar Diambil Semasa Angin Kencang"- Jelas Anzalna Isu Gambar Kontroversi Dengan Fasha Sandha

"Gambar Diambil Semasa Angin Kencang"- Jelas Anzalna Isu Gambar Kontroversi Dengan Fasha Sandha

Gambar Tu Diambil Masa Angin Kencang, Jelas Anzalna
Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha ke dalam akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan ramai. Gambar yang memaparkan Fasha bersama Anzalna Nasir ini telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki.
GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

“Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri ‘Tentang Hati’ di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut,” ujar pelakon berusia 25 tahun ini.
“Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha,” cerita heroin drama bersiri ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’ ini.
anzalna-fasha-hangatmy
“Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi,” jelas Anzalna.
Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri ‘Tentang Hati’ yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa. 

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir