Kalau anda tegar mengikuti perkembangan isu dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini, pasti isu video panas Sharifah Sakinah berjaya menangkap perhatian anda.
Pada hemat kami, tidaklah sepanas mana video yang di’kongsikan oleh Sharifah Sakinah melalui laman video sosial, Keek tersebut — ianya lebih kepada tidak manis dalam budaya Timur kita. Eh.
Dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harian semalam, Sharifah Sakinah berkata pernah terdetik dalam hati beliau untuk meninggalkan terus dunia seni kerana kontroversi yang melanda.
Bukan kerana malu atau tertekan dengan pelbagai kritikan yang di’terima, niat Sharifah Sakinah itu di’dorong oleh rasa rimas dengan situasi di’mana dirinya sentiasa di’pandang negatif oleh semua.
Tetapi selepas memikirkannya lebih mendalam dan juga mendapat nasihat daripada ahli keluarga yang lain, Sharifah Sakinah berkata tinggalkan dunia seni bukan penyelesaian dan tidak mendatangkan untung.
“Sekarang emosi saya baik saja, tidak terganggu lagi selepas saya buat permohonan maaf secara terbuka,” ujar Sharifah Sakinah.