SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Nelydia Senrose Jawab Isu Lewat Liga Futsal Hot FM

Nelydia Senrose Jawab Isu Lewat Liga Futsal Hot FM

“Saya tak nak salahkan mana-mana pihak dan anggap semua ini hanyalah salah faham yang tercetus gara-gara masalah komunikasi,” ujar pelakon Nelydia Senrose mengulas mengenai
dakwaan kononnya dia tidak memberi komitmen yang baik ketika terlibat dalam program Liga Futsal Hot FM yang berlangsung pada bulan lepas.



Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen bukan saja didakwa hadir lambat ke lokasi, malah turut dikatakan tidak memberi sepenuh komitmen pada  acara tersebut. Pelakon yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’ ini turut didakwa hanya berkepit dengan kekasihnya, pengacara dan pelakon Qi Razali yang turut sama terlibat dalam program tersebut.

“Tiada isu datang lambat kerana saya sendiri sudah memaklumkan kepada pihak Hot FM mengenai kelewatan saya kerana terlibat dengan sebuah penggambaran. Ketika sampai, saya sempat bermain futsal dan selepas separuh masa pertama, saya berehat dan ketika itu pihak media panggil untuk menemubual saya di sebuah bilik.
                   
"Walau bagaimanapun bila saya keluar saja, permainan pun dah habis. Dari situ timbul salah faham, lebih-lebih lagi bila saya keluar dari bilik pada waktu yang sama dengan Qi dan orang anggap saya hanya berkepit dengan Qi. Bagi saya, tidak baik tuduh saya begitu sebab jika saya tak nak main, kenapa dari awal lagi saya nak datang.”

Nelydia ketika ditemui di penggambaran filem arahan Ahmad Idham, ‘Cinderella’ pada petang Isnin turut diminta mengulas mengenai isu kontroversi yang tercetus antara kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dengan pihak pengurusannya, MiG.
                   
“Kalau boleh saya tak nak komen mengenai isu ini kerana ia terlalu sensitif. Saya percaya masing-masing ada sebab tersendiri dan sebagai adik dan orang yang lebih muda, saya tak mahu cerita lebih-lebih. Saya hormat dan sokong apa saja keputusan kakak saya. Namun, bagi diri saya sendiri, saya lebih selesa bergerak sendiri kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir