SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Norish Karman Menari Sakan di Post Party ABPBH 2013

Norish Karman Menari Sakan di Post Party ABPBH 2013


Pelbagai ragam dan cerita menarik yang telah Murai Batu dapat kenal pasti ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Antara yang menarik perhatian Murai Batu apabila pelakon sensasi Norish Karman yang dilihat telah menari sakan bersama anaknya ketika acara post party ABPBH 2013.


Malah gelagat mereka itu telah mencuri perhatian ramai pihak yang berada pada acara selepas majlis gilang-gemilang berkenaan.

Apa yang Murai Batu lihat, Norish Karman langsung tidak menghiraukan keadaandan orang sekeliling kerana sedang asyik berseronok dan menghayati muzik rancak pada acara berkenaan.

Tidak sendirian, Norish Karman nampaknya telah ditemani anak lelakinya yang juga tidak kurang lincah mengatur langkah seperti ibunya. Menari mengikut rentak lagu dengan langkah tarian tersendiri mereka.

Neelofa Sedih Tak Menang Pengacara TV Wanita Popular ABPBH ???



Jangan salah anggap yang Norish Karman, bukannya Murai Batu melihat perbuatan anda itu sebagai sesuatu yang tidak baik, sebaliknya alangkah baiknya kalau ada ramai selebriti pada malam berkenaan yang bergembira seperti Norish dan anaknya.

Walaupun langkah tari Norish Karman tidaklah sekemas penari profesional yang lain tetapi Murai Batu percaya dia hanya ingin bergembira pada malam penuh glamor berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir