SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Lagi Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang ABPBH 2013

Lagi Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang ABPBH 2013



1. Ketika barisan artis sedang berjalan di karpet merah, hujan turun dengan lebat dan menyebabkan para media bertempiaran lari mencari tempat berteduh bimbang kamera mereka rosak. Kesian artis yang datang lewat tak dapat nak lalu karpet merah.

2. Ramai juga yang perasan artis malam tadi. Lalu di karpet merah kemudian berhenti macam mereka yang tercalon! Wah, kelas kau kak! Artis ke kau?


3. Persembahan pembukaan yang agak teruk. Entah di mana silapnya, Fida Ibrahim lari tempo ketika mendendangkan lagu Apo Kono Jang itu. Takkan tak rehearsal kot Fida oii?

4. Mimi One Nation Emcees pula menghadapi masalah dek CD lagunya yang tersekat-sekat sehinggakan penari segmen itu turut menghentikan langkah kerana teragak-agak bila mereka mahu masuk. Apa dah jadi?

5. Usaha pihak produksi menggandingkan Anzalna dan Neelofa di atas pentas nampaknya seperti melepaskan batuk di tangga. Mereka berdua kelihatan ‘awkward’ atau dalam erti kata lain ‘FAKE’. Betul ke?

6. Khabarnya penyanyi baru Ainan Tasneem menaiki motosikal berseorangan ke ABPBH. Stail lah!

7. Persembahan gabungan ala kumpulan ‘Wonder Girls’ yang dianggotai Asmidar, Adira, Kilafairy, Nabila Huda dan Yana Samsuddin hanya melakukan latihan bersama selama 8 jam sahaja. Selebihnya mereka berlatih bersendirian. Walaupun 8 jam, tetap meletup! Kesemua pakaian mereka sewaktu membuat persembahan adalah ilham mereka sendiri. Wah, lepas ini boleh jadi pereka fesyen pulak!

8. Suka atau tidak, elemen geometri yang dijanjikan tak berapa nak meledak. Ramai juga yang menjadi mangsa fesyen malam tadi!


9. Segmen karaoke lagu hits 90 an nampaknya tak berapa menjadi. Skrin yang memaparkan lirik tidak bergerak seiring muzik. Yang sebelah kanan terlalu laju, yang kiri perlahan pula. Ada ketika langsung hilang liriknya. Macam Chipsmore pulak! Kejap ada, kejap tak ada!

10. ABPBH juga turut diperkatakan hangat dalam laman sosial Twitter. Namun banyak yang buruk daripada yang elok. Penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza pun turut memberi kritikan! Salah satu tweet Siti yang menarik perhatian GUA ialah, " Elok2 opening, jadi Oh!pening!!!"

11. Buat pertama kalinya, ABPBH mendapat jumlah tontonan melebihi setengah juta dari seluruh dunia di laman web www.abpbh.com.my. Tahniah diucapkan buat pasukan Media Prima Digital yang menjadi tulang belakang live streaming anugerah ini!

12. Pihak media yang membuat liputan di karpet merah agak bengang dengan tindakan beberapa peminat fanatik yang sibuk mengambil gambar bersama artis kesayangan mereka. Yang peliknya, pihak keselamatan tidak berusaha langsung menghalang mereka sebaliknya mengarahkan pihak media ke belakang. Takkan tak ada taklimat kot?

13. Ramai memuji Johan Raja Lawak yang dilihat menjadi penyelamat acara malam itu. Walaupun penambahan Johan hanya dilakukan di saat akhir, namun ia ternyata tindakan bijak pihak produksi. Entah mengapa, lawak Zizan seakan tidak menjadi dan Fara Fauzana pula terikat dengan gaya yang agak formal. Yang penting, Parodi 'Sayang' versi Johan memang gempak!


14. Sewaktu Hairul Azreen mengusik Nelydia Senrose mengenai watak Zain lakonan Amar Asyraff dengannya dalam drama Setia Hujung Nyawa, kamera tersilap fokus ke arah pelakon Zain Saidin. 

15. Didie Alias kekal menjadi artis paling berani dan ‘daring’ dalam berpakaian. Gayanya cukup meriah mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Dek demam pilihanraya, hiasan rambut yang dipakai Didie juga diibaratkan seperti peti undi SPR!

16. Apa-apapun, pujian wajar diberikan kepada seluruh warga produksi ABPBH 2012 khususnya akhbar Berita Harian kerana berjaya menganjurkan anugerah pilihan peminat ini walaupun dalam tempoh persiapan yang singkat. Mungkin ABPBH perlu kembali ke Kota Genting agar kehangatannya dirasai semula! Tahniah Shaheizy Sam dan semua pemenang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir