SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Format Tipikal Rancangan MasterChef Selebriti Malaysia

Format Tipikal Rancangan MasterChef Selebriti Malaysia


MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.

Bagaimanapun ini dia format episod tipikal penganjuran tahun ini.


1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja.

Hidangan berkenaan akan dirasai oleh Chef dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih.

2. Hari Ahad akan membawakan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.

Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

3. Hari Isnin membawakan Cabaran Sajian Luar.

Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini.

Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.

4. Hari Selasa membawakan lagi sekali Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.

Peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukan.

Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir