Seramai 19 selebriti tanah air akan berentap di MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134) pada 20 April ini.
Kesemua 19 selebriti tersebut adalah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin.
Menariknya 19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu.
Namun tidak semua 19 selebriti itu dapat bertahan selama 10 minggu kerana setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta.
Bagaimanpun, setiap minggu pastinya akan ada 4 episod bakal bersiaran. Iaitu bermula dari hari Sabtu jam 9 malam hingga Selasa pada waktu yang sama.
MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.
MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.