Pelakon Fizz Fairuz terpaksa mengupah kira-kira empat orang pengawal peribadi sebagai langkah-langkah keselamatan ketika menghadiri acara-acara hiburan.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, memiliki pengawal peribadi membuatkan pergerakannya lebih mudah terutamanya apabila dikerumuni peminat ketika dia ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.
"Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.
"Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja.
"Tetapi, apabila di luar waktu kerja-kerja seni, mereka ini menjadi teman lepak pula," katanya.
Nak ke mana pulak..jom baca cerita ni dulu..