SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Fakta Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Yang Wajib Anda Tahu #2

Fakta Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Yang Wajib Anda Tahu #2

Rasanya masih tidak terlewat untuk merakamkan beberapa insiden atau peristiwa belakang tabir yang berlaku sepanjang siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini.
Yang Manis Dan Yang Pahit di ABPBH 2012

Ini merupakan sambungan #2 bagi Fakta Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Yang Wajib Anda Tahu #1 ( Klik Jika Belum Baca Lagi )!!!

1. Antara yang mengejutkan penonton adalah gandingan Neelofa dan Anzalna Nasir yang hadir ke pentas berpegangan tangan sebagai penyampai. Ada yang mengatakan ia seakan drama yang dibuat-buat setelah kedua pendatang baru tersebut berbalah pada tahun lalu. Siapa tahu kesahihannya? Hanya mereka sahaja tahu kebenaran sebenar.

2. Terdapat dua kumpulan peminat yang ditempatkan di tengah pentas (faratik) dilihat lebih mencacatkan pentas kerana tidak bertenaga dan tidak menghangatkan pentas setiap kali persembahan mahupun anugerah disampaikan.


3. Ketika persembahan oleh 5 orang artis wanita ala Wondergirls dari Korea dengan lagu Jejaka Idaman, Adira telah mendapat komen mengenai penampilan dirinya yang putih melepak namun aneh. Kesemua mereka juga dilihat tidak dapat menari dengan rentak yang sama dan berterabur.

4. Sistem audio juga khabarnya mempunyai masalah kerana ia jelas kedengaran di kaca televisyen menurut komen yang dibuat oleh penonton di Twitter. Ada juga penonton di stadium yang melontarkan pandangan yang sama mengenai sistem audio.

5.Selain itu, masalah teknikal lain yang menjadi bualan adalah shot yang diambil jurukamera dikatakan tidak tersusun dan lancar seperti sebelum ini. Itu merupakan antara masalah yang jarang timbul bagi siaran langsung ABPBH.
6. Antara momen kemenangan yang mencetuskan kontroversi adalah ketika Nabila Huda diumumkan Pelakon TV Wanita Popular dimana dia dilihat memberi ciuman pada kekasih, DJ Nas-T dan memeluk Fizz Fairuz diatas pentas. Nabila Huda telah tampil pada sidang akhbar menjelaskan perkara berkenaan sebagai reaksi spontannya terhadap rakan selebriti.

7. Neelofa yang mendapat pencalonan tertinggi dilihat gagal membawa pulang sebarang gelaran da nada sumber mengatakan dia telah pulang sebaik sahaja anugerah tamat kerana dikatakan hampa dengan keputusan tersebut.

8. Penyanyi Marsha dan produser terkenal Micheal Ang telah pulang awal untuk mengisi perut mereka yang kelaparan.

9. Persembahan oleh 4 orang vokalis iaituAmir Ukay's, Zarul Umbrella, Baggio Damasutra, Ayai Ilusi dengan lagu popular mereka dibuat dalam versi karaoke dimana terdapat prompter lirik di layar besar. Percubaan itu tidak dilaksanakan dengan kemas apabila lagu dan lirik tidak selari dan mengelirukan penonton yang ingin menyanyi bersama.

10. Penghormatan telah diberikan kepada Jay Jay, Ella, M.Nasir dan Ziana Zain menyanyikan lagu-lagu hits Search sebelum Anugerah Khas Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan tersebut.
11. Dalam pada itu, M.Nasir selaku pencipta lagu Rozana telah tersalah menyanyikan lirik lagu tersebut tetapi masih berjaya diselamatkan 3 lagi penyanyi lain pada set berkenaan.

12. Amy Search yang tidak hadir pada malam tersebut kerana berada di Turki telah merakamkan ucapan khas diatas penghormatan yang diberikan kepada kumpulan Search yang telah 32 tahun ditubuhkan itu.

13.Stadium Putra gamat dengan jeritan daripada kumpulan penyokong artis popular seperti Shilalas, Aaronators, Yana Super Friend, AdiPutra Hotlovers, Neelofa Team dan beberapa lagi penyokong yang hadir memberi sokongan pada selebriti pujaan mereka.

14. Fan Club Yana Samsudin dan Shaheizy Sam setia menunggu di luar stadium sehingga dua bintang itu selesai dengan aktiviti mereka di dalam stadium. Seramai 50 orang penyokong Yana Samsudin dan 100 orang penyokong Shaheizy Sam.


15. Mendapat banyak kritikan di medium sosial seperti Twitter, penganjuran ABPBH 2012 dilihat kurang menyengat di mana banyak kesilapan teknikal seperti pengumuman kategori yang tidak tersusun seperti biasa.

16. Shaheizy Sam ketika ditemui media selepas tamat siaran langsung ABPBH 2012 sebak dan hampir menitiskan air mata ketika menceritakan kemenangannya setelah mengenangkan usaha peminatnya selama ini membuahkan hasil.

17. Pada post party, pakaian Ziana Zain diumumkan Best Dressed di permaidani merah. Tahukah anda bahawa kain pakaian rekaan Rizman Ruzaini itu telah di beli jauh dari Timur Tengah ketika kunjungan pereka fesyen itu ke sana baru-baru ini.

18. Pelakon Norish Karman dilihat telah menari sakan bersama anak lelakinya di lantai tarian post party ABPBH 2012, seakan tidak peduli orang di kiri dan kanan mereka.

19. Selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Hanizam Abdullah atau Kak Cham mengulas reaksi daripada penonton ABPBH 2012 melalui status di media sosial seperti Twitter. Namun Kak Cham melihatnya dari sudut positif dan akan cuba untuk memperbaiki bagi meningkatkan prestasi penganjuran siri ABPBH seterusnya agar lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir