SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Fakta Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Yang Wajib Anda Tahu #1

Fakta Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Yang Wajib Anda Tahu #1

Rasanya masih tidak terlewat untuk merakamkan beberapa insiden atau peristiwa belakang tabir yang berlaku sepanjang siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini.
Yang Manis Dan Yang Pahit di ABPBH 2012

Sekian lama berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, kali ini siri ke-26 anugerah tersebut telah bertukar ke lokasi berskala lebih besar iaitu Stadium Putra, Bukit Jalil.

1. Sekitar jam 7.30 malam, acara permaidani merah dibuka buat para selebriti melewati laluan tersebut memperagakan busana dan persalinan bertema Ledakan Geometri.

2. Dua orang pelawak terkenal, Didie Alias dan Along Raja Lawak telah dipilih untuk mengemudi laluan permaidani merah.

3. Rambut palsu kotak besar yang digayakan Didie Alias sebenarnya boleh mengeluarkan asap sepanjang acara. Tetapi entah mengapa asapnya itu hanya berfungsi seketika.

4. Didie Alias juga mempunyai pasukan pengiring yang mengiringinya ke hulu ke hilir bagi memastikan pakaian, solekan dan rambutnya terjaga.

BACA >> Kes Video Belasah Ketua Kelas - Lan Todak Akhirnya Turun Padang

5. Zain Saidin dan Rozita Che Wan adalah diantara selebriti terawal melangkah di red carpet tersebut. Dengan gaun merah kembang Hatta Dolmat itu, Rozita telah mencuri perhatian peminat yang menanti di sepanjang laluan tersebut.

6. Pelakon jelita Fazura dan Shaheizy Sam tidak boleh lekang kerana sentiasa berkepit ke sana sini terutama di dalam bilik menunggu



7. Sekitar jam 8 malam hujan turun dengan lebat dan permaidani merah ABPBH 2012 telah ditutup kerana laluan tersebut tidak berbumbung. Dilihat ada beberapa orang selebriti seperti Ziana Zain dan Ella tidak dapat melewati permaidani merah sebaliknya terus masuk ke dalam dewan.

8. Hujan yang turun menyebabkan bekalan elektrik di bilik menunggu mati untuk 15 ke 20 minit dan menyebabkan tetamu serta selebriti kepanasan dan bergelap.

9. Tetamu VIP di bawa menuju ke pintu masuk dewan dengan menggunakan payung khas yang tertera logo ABPBH 2012.

BACA >>Gambar Anak Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo - Kingston Lee

10. Tepat jam 9 malam, pentas dibuka dengan lagu Apo Kono Eh Jang? Dendangan dari penyanyi asalnya Ally Noor dan Mastura sebelum AC Mizal dan Fida mengambil alih pentas dengan versi terbaru bersama Stellar Band. Selepas itu ia diselangselikan dengan persembahan Dikir Puteri oleh One Nation Emcees.

11. Terdapat beberapa artis yang datang lewat walaupun majlis sudah bermula antaranya Rita Rudaini dan Azza Elite yang tercari-cari tempat duduk mereka.

12. Tempat duduk dua selebriti popular, Fasha Sandha dan Natasha Hudson yang pada awalnya beriya-iya ingin hadir bagaimanapun didapati kosong kerana mereka sarat mengandung.

13. Kesalahan mula disedari oleh penonton di stadium dan di rumah kala Fida telah dilihat menyanyikan lagu tersebut tidak sama dengan tempo. Manakala lagu remix untuk Anak Kampung kedengaran seperti terdapat kerosakan pada CD yang dimainkan. Perkara ini telah membuatkan majoriti penonton telah menyatakan pendapat mereka di media sosial khususnya Twitter termasuklah penyanyi, Dato' Siti Nurhaliza.


14.Untuk persembahan pembukaan bagi anugerah berprestij seperti ABPBH 2012, ramai yang bersetuju bahawa ia sepatutnya dimulakan dengan persembahan yang lebih gah, bukannya kucar-kacir dan meleret seperti yang dipersembahkan pada set pembukaan itu.

15. Begitu juga dengan sketsa memperkenalkan pengacara dilihat membuang masa dan penonton bosan menunggu untuk acara penyampaian anugerah dimulakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir