Beberapa minggu lalu, pengacara Melodi dan juga pelawak, Zizan Razak telah dilantik menjadi duta kepada produk Mamee keluaran Mister Potato.
Belum apa-apa lagi, pihak Mamee telah pun menghantar Zizan dan ditemani penyanyi, Kaka Azraff ke Eropah.
Tentu saja bila dah syarikat Mister Potato yang taja, sah-sahlah mereka akan dibawa ke Stadium Old Traffords untuk menonton perlawanan bola sepak kat sana.
Namun, menerusi Budiey.com, Zizan dan Kaka terbang ke Eropah bukan saje mahu jalan-jalan makan angin.
Tapi mereka membawa satu misi iaitu Mamee #MiTarik, di mana ia menjadi projek eksklusif untuk Zizan Razak.
Kempen #MiTarik adalah kempen membawa produk terbaru Mi Segera Mamee #MiTarik kepada pelajar-pelajar Malaysia, perantauan warga negara Malaysia yang bekerja di sana dan tidak ketinggalan penduduk Eropah.
Selain itu, dikhabarkan juga, Zizan dan Kaka akan terlibat dengan pengambaran sebuah video klip untuk sebuah lagu yang dibuat khas untuk kempen #MiTarik.
Bagi yang berminat untuk mengetahui apakah kempen #MiTarik ini, produk ini akan mulai menjengah di pasaran bermula hujung Mac ini.
Jadi sama-sama kita nantikan apakah yang bakal Zizan dan Kaka bawakan untuk mempromosikan produk ini.