Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti.
Fahrin, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
“Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis.
Baca : Wajah Juara Program Realiti Rogol Kekasih Sendiri !!
Shila Hamzah Selamat Ditemui Di Terengganu !!
“Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan,” katanya.
Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.