Disebalik senyuman manis anak bongsu Datuk Jasmay dan Datin Habsah ini, rupa-rupanya ada sesuatu ‘disorokkan’ Liyana Jasmay sebelum majlis persandingannya berlangsung.
![]() |
SEBAB Liyana Jasmay Menangis Kerana Jovian Mandagie !! |

Liyana dikatakan menangis gara-gara baju gaun pengantinya yang bewarna putih itu.

Sebagai seorang pereka fesyen berpengalaman, Jovian berkata beliau sentiasa memberikan yang terbaik dan memenuhi citarasa setiap pelanggannya.
“Ada sikit selisih faham tapi akhirnya semua berjalan lancar. Memang dia menangis sekejap tadi sebab bila baju itu dihantar kepadanya, dia terkejut…
“Sebenarnya ada elemen kejutan yang saya terapkan pada baju itu dan kita tak ceritakan padanya. Mulanya dia tak faham baju tu macam itu tapi bila dah diterangkan pada dia, dia okay.
“Alhamdulillah. Dan seperti yang kita tengok, dia turun tadi tak menangis pun, kan..” katanya.
Jovian mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan gaun impian penyanyi Cinta Bersatu itu.
Malah baju ketika pernikahannya juga direka oleh Jovian.