SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal Pilihan Raya Umum 13

Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal Pilihan Raya Umum 13



5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang  pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan; 

5.2 Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri 

pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

5.3 Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos.12 13

5.4 Contoh calitan dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah seperti yang berikut:

5.5 Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:

5.5.1 Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

5.5.2 Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

5.5.3 Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan CONTOH CALITAN DAKWAT KEKAL PADA JARI TELUNJUK KIRI12 13 No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau

5.5.4 Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah 
dikeluarkan kepadanya.

5.6 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada pengundi seperti yang disebut di perenggan 5.5.1 hingga 5.5.4 di atas, KTM hendaklah membuat catatan di dalam Borang Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi(Borang 10A) seperti LAMPIRAN

5.7 Bagi keadaan di mana kertas undi tidak dikeluarkan kepada pengundi seperti yang disebut di perenggan 5.5.1 dan 5.5.2 di atas jika pengundi berkenaan datang semula ke Tempat Mengundi itu untuk mengundi dan bersetuju untuk dicalit jari telunjuk kirinya dengan dakwat kekal seperti yang diwajibkan di bawah peruntukan yang berkenaan, KTM akan mengeluarkan kertas undi kepada pemilih berkenaan. Pada masa yang sama KTM hendaklah membatalkan Borang 10A dengan membuat catatan dalam Borang berkenaan bahawa pengundi berkenaan bersetuju dan mematuhi syarat-syarat di perenggan 5.5.1 atau 5.5.2 di atas dan kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi 

sumber > SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir