SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar - Sharnaaz Ahmad, Kekasih Shila Hamzah Pukul Pelakon Di Lokasi Penggambaran ?

Hiburan : Gambar - Sharnaaz Ahmad, Kekasih Shila Hamzah Pukul Pelakon Di Lokasi Penggambaran ?


Bukan sekali dua kita mendengar mengenai perangai panas baran pelakon yang juga merupakan cinta hati, Shila Amzah ini. siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad. Selepas didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang krew serta memaki kekasihnya di laman sosial Twitter, Sharnaaz Ahmad dikatakan ‘tidak sebulu’ dengan seorang pelakon filem Juvana yang lain iaitu Syazwan Zulkifli.

GUA dengar mereka telah bermasam muka sehingga tidak bertegur sapa sepanjang berada di set di mana masing-masing telah membawa haluan sendiri. Malah, ketika melakonkan satu babak pergaduhan, Sharnaaz dikatakan telah bergaduh ‘betul-betul’ dengan Syazwan sehingga mengundang kecederaan ke atas dirinya.

Sama ada betul atau tidak perkara ini, GUA telah menemubual Sharnaaz dan juga Syazwan Zulkifli ketika majlis tayangan media filem tersebut di e@Curve baru-baru ini, bagi mengetahui mengenai kesahihan berita ini.

“Kami bukan bergaduh betul-betul. Kebetulan waktu itu babak bergaduh dalam tandas dan masing-masing penat kerana banyak shot yang kena ambil. Tidak dinafikan saya ada cederakan dia sehingga kakinya lebam dan bengkak terkena jubin.

Namun, Sharnaaz bersikap profesional dan kami sambung balik seperti biasa selepas itu. Memang benar kami tak bergaul dan duduk sekali ketika di set tapi saya rasa mungkin itu cara Sharnaaz. Walau bagaimanapun, kami semua tak rasa dia sombong,” ujar Syazwan atau lebih dikenali sebagai Apek dalam Juvana.

Ditanya mengenai isu pelakon-pelakon lain memulaukan Sharnaaz ketika di set penggambaran, Apek menafikan perkara tersebut. Malah, tidak bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan Sharnaaz menjauhkan diri daripada mereka.

“Kami tak pulaukan dia, dan saya tidak rasa Sharnaaz sengaja menjauhkan diri daripada kami. Kami ada juga berborak ketika di set namun mungkin dia kurang mesra sebab dia mahu menjiwai watak ketika itu.”
Menurut Sharnaaz pula,dia tidak ada masalah dengan pelakon-pelakon lain. Cuma memang sikapnya suka bersendiri di lokasi penggambaran kerana ingin menjiwai watak yang dipertanggungjawabkan.

“Saya tiada masalah dengan mereka. Memang cara saya bila berada di set, saya akan bersendirian kerana mahu menjiwai watak. Sebenarnya ketika babak bergaduh itu, yang marah dia sebenarnya ialah watak saya, Lantodak. Masing-masing dah penat waktu itu dan mujur stuntman tarik saya cepat-cepat sebab takut hal lebih teruk akan berlaku.

“Apapun, kami tiada masalah dan mereka semua sangat positif ketika berada di set. Saya rasa berpuas hati dan menjadi satu penghormatan buat saya kerana dapat berlakon buat pertama kalinya di bawah arahan Faisal Ishak dan bekerja buat kali kedua dengan Kabir Bhatia,” ujar Sharnaaz.

via gua.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir