Tinggal beberapa hari sahaja lagi pasangan ini bakal bergelar suami isteri, ada insan yang penting dalam hidup mereka seakan di’sisihkan dari terlibat sama di hari bahagia.

Berita Harian melaporkan yang bapa kandung Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad terkilan dengan sikap anaknya itu yang tidak menjemput beliau ke majlis akad nikah Jumaat ini.
“Dia satu-satunya anak perempuan saya — sebagai seorang ayah, besar harapan untuk melihat sendiri anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput,” ujar beliau di Kota Bahru.
Jaafar Mohamad berkata yang Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey ada datang meminta tandatangan beliau sebagai wali namun tiada sebarang jemputan keluar dari mulut mereka.
via rotikaya.com