Bunyi seperti serius kes pergaduhan yang melibat Azad Jasmin &
beberapa orang lelaki yang terjadi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar),
kira kira dua minggu lalu.
Salah seorang lelaki yang terlibat dengan pergaduhan itu telah
membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang
pelakon bernama Azad Jasmin.
Ekoran kejadian, lelaki itu telah menerima lima jahitan & dua
jari kakinya patah selain mendakwa Azad Jasmin sebagai punca &
pencetus pergaduhan yang berlaku.
“Saya hanya pertahankan diri. Ketika itu saya mahu mengundur kereta
selepas membelikan makanan kerana isteri yang sarat mengandung sembilan
bulan mengidam makan nasi kandar”
“Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki itu melanggar
belakang kereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana
tidak berpuas hati,” jelas Azad Jasmin.
Azad Jasmin mendakwa beliau turun kereta untuk selesaikan dengan baik
tetapi di’serang dengan tiba tiba oleh rakan rakan lelaki terbabit —
dan mereka empat orang semuanya.
“Ketika itu saya diserang hingga terjatuh dan luka dikepala
membuatkan saya terpaksa pertahankan diri dengan mencapai sebatang besi
dan menhayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa buat begitu kerana mereka
berempat,” tambah beliau yang turut membuat laporan polis. (via Malaysian Digest)