Pengurus kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak memaklumkan bahawa penyanyi lagu Aku Cinta Padamu itui telah pun berangkat ke Queenstown, New Zealand, pagi tadi.
"Dalam jam 9.30 pagi tadi, Siti memaklumkan bahawa dia sudah pun boarding. Namun, saya kurang pasti waktu sebenar penerbangan Siti ke sana. Saya tidak pergi bersamanya. Sebaliknya, dia ke sana bersama dengan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa (Kak Tun) dan Dato Yahya iaitu keluarga angkat keluarga Datuk K. Tujuan mereka ke sana bukan saja untuk melawat Datuk K tetapi mereka sedang berusaha membawa beliau pulang ke Malaysia.
"Saya tidak pasti berapa lama mereka di sana. Namun, ia mungkin memakan masa yang lama kerana mereka perlu memohon kebenaran pihak hospital untuk membawa pulang Datuk K," katanya ketika dihubungi murai.com.my.