SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Gambar - Datuk K Tidak Boleh Bergerak, Terlantar Di Hospital 10 Hari

Hiburan : Gambar - Datuk K Tidak Boleh Bergerak, Terlantar Di Hospital 10 Hari

Khamis lalu, Datuk K di’laporkan telah mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal kuasa besar di New Zealand & telah di’masukkan ke hospital.
 
Insiden itu memaksa isterinya Dato’ Siti Nurhaliza membatalkan persembahan di Indonesia untuk terbang ke New Zealand melawat suaminya di’sana & sudah pun selamat tiba.

Kosmo! pada hari ini menyebut yang Datuk K mungkin terpaksa terlantar di hospital untuk tempoh 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand — sebelum dibenarkan pulang.
Namun begitu, keputusan untuk membawa pulang Datuk K lebih awal bergantung kepada keadaan terkini ahli perniagaan itu & keputusan daripada ahli keluarga beliau sendiri.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” kata sumber yang turut memaklumkan Datuk K mengalami patah bahu, tangan & kaki akibat insiden itu. Kita doakan yang terbaik buat beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir