Pelakon Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.
“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja.
“Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami.
“Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.
Get the brand spanking new Samsung GALAXY Note 2 with these offers, only by Celcom!