SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Awal Teruja, Neelofa Akan Berbincang - Pengacara Anugerah Skrin 2012

Hiburan : Gambar | Awal Teruja, Neelofa Akan Berbincang - Pengacara Anugerah Skrin 2012

Masih berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, Neelofa pada mulanya tidak begitu berkeyakinan untuk mengacarakan Anugerah Skrin 2012(ASK) yang bakal menjelang pada 9 November ini. Anak kelahiran Kelantan ini terkejut ketika ditawarkan untuk menjadi pengacara namun tertarik untuk menerima tawaran tersebut.


“Buat masa ini kami belum membuat apa-apa persediaan namun kami akan duduk berbincang bagi memastikan malam tersebut berjalan dengan lancar. Saya mengakui saya masih baru dalam bidang ini dan mengharapkan tunjuk ajar dari semua pihak,”kata Neelofa.

Dapatkan Samsung GALAXY Note 2 baru di sini!

Manakala bagi Awal Ashaari yang pernah diangkat sebagai pengacara ASK begitu teruja untuk sekali lagi mengacarakan majlis gilang gemilang tersebut. Tema dan konsep pada tahun ini sedikit berbeza kerana pengacara bukan sekadar berceloteh tetapi melakukan penyampaian dalam cara yang berbeza.

“Malam anugerah ini berbeza kerana ia adalah untuk meraikan karyawan dan saya tidak menganggap seperti bekerja. Saya mengibaratkan peluang ini seperti imbasan teater kerana kelainan yang ditonjolkan dari segi penyampaian,”kata Awal ketika sidang media ASK 2012 baru-baru ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir