Filem terbaru lakonan Adi Putra dan Nora Danish, 'Aku Terima Nikahnya' telah berjaya mengutip RM1.3 juta walaupun baru empat hari ditayangkan.
Dipetik daripada akhbar Berita Harian, penerbitnya, David Teo menyifatkan kejayaan ini menjadi titk tolak dalam mengembalikan kegemilangan filem romantik tanah air.
David turut menjangkakan filem ke-66 terbitannya ini akan mencapai kutipan sehingga RM3 juta apabila habis tayangannya.
via mediahiburan