Pelawak, pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak, bersyukur setelah lawaknya semakin diterima orang ramai. Dari segi pembawakan idea dan jalan penceritaanya, Zizan dilihat semaking matang seiring dengan populariti yang dikecapinya.
Jika dahulu, lawak dikategorikan sebagai kampung-kampung, kini fenomena lawak sejak dimartabatkan melalui program realiti Raja Lawak terbitan Astro menganjak taraf hiburan jenis ini ke satu paras yang lebih tinggi. Semasa ditemubual, Zizan berkongsi tahap penerimaan orang di luar negara tentang selebriti humor yang bertaraf dunia seperti Russell Peters & Jimmy Kimmel.
“Di luar negara, mereka hormat semua pelawak kerana mereka tahu bagaimana seorang pelawak berfikir dan mengkaji sebelum membuat lawak. Lawak bukan seperti menyanyi dan menari, lawak dilakukan secara spontan dan berbeza-beza.”
Namun, tak semua lawak yang dilakukan akan mencuit hati penonton. Bagi Zizan, dia perlu mencari input yang menarik bagi membolehkan orang ramai ketawa dengan lawak jenaka yang dilakukan.
Tambah Zizan, “Saya perlu mencari sesuatu yang berkualiti untuk membuat lawak, bila tak ada kualiti itu, ianya mendatangkan tekanan kepada diri saya dalam nak menghiburkan hati orang ramai. Bagi saya, bila ada idea, saya tak akan tertekan.”
via ohbulan