SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » HIburan : Gambar | Diana Danielle Terpaksa Tinggalkan Farid Kamil Selepas Nikah

HIburan : Gambar | Diana Danielle Terpaksa Tinggalkan Farid Kamil Selepas Nikah


pix_gal0
PENGORBANAN besar terpaksa dilakukan pelakon jelita, Diana Danielle apabila dia harus meninggalkan
bakal suaminya, Farid Kamil demi cita-cita. Dua bulan selepas diijab kabul, Dee dijangka berangkat ke Australia bagi mengikuti kursus intensif penerbitan di National Institue of Dramatic Art (NIDA) di Sydney selama setahun.
Walau berat hati meninggalkan Farid, keputusan itu dibuat selepas mereka berbincang. Bakal suaminya merestui keputusan Dee, malah Farid dijangka sibuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) pada waktu sama.

“Ini juga antara sebab kenapa kami mempercepatkan pernikahan. Apabila sudah sibuk dengan pengajian, tentulah rumit untuk belajar dan pada masa sama, menguruskan majlis pernikahan.

“Sekurang-kurangnya, selepas urusan pernikahan selesai, tidak perlulah saya pening memikirkan majlis kahwin atau sebagainya. Lagipun, apabila ada ikatan yang sah, tidaklah ada orang mempersoal kunjungan Farid ke Sydney kelak,” katanya.

Dee barkata, dia tidak mahu impian melanjutkan pengajian terhalang selepas bergelar isteri.
“Alhamdulillah, Farid memahami, kami masing-masing punya cita-cita. Saya buat semua ini demi masa depan kami.

“Saya tidak mahu terlalu bergantung kepada kerjaya lakonan kerana bidang ini ada pasang surut,” katanya.
via bharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir