SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM

Hiburan : Gambar | Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM


Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.

Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.
"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan.
"Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.
Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.
Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slotCarta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.
"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'.
"Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir