SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Tangan Syafie Naswip Cedera Teruk Ditendang Pelakon Muda

Hiburan : Gambar | Tangan Syafie Naswip Cedera Teruk Ditendang Pelakon Muda


Pelakon Syafie Naswip terkilan dengan sikap seorang aktor remaja yang enggan memohon maaf selepas menyebabkan kecederaan kepadanya ketika penggambaran telefilem Neraka Abah beberapa hari lalu.
Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 20, berkata, kecederaan pada lengan kirinya itu terjadi akibat terhentak pada akar pokok selepas ditendang dengan kuat oleh pelakon berkenaan ketika penggambaran berlangsung.
Syafie Naswip

“Lengan kiri saya menjadi bengkak dan lebam teruk kerana terhentak pada akar pokok selepas ditendang pelakon itu ketika adegan pergaduhan bagi penggambaran.
“Saya pelik mengapa dia menendang saya seperti pergaduhan sebenar sehingga mendatangkan kecederaan kepada saya. Walhal dia sudah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi. Takkanlah dia tidak tahu teknik lakonan?
“Apa yang saya kesalkan dia langsung tidak meminta maaf dengan tindakannya itu sehingga hari ini (Rabu) sedangkan dia tahu saya benar-benar mengalami kecederaan.”

Syafie bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak memaklumkan siapakah pelakon tersebut.
Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal. Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.
Tangan Syafie Naswip Cedera Ditendang Pelakon Muda
Beginilah keadaan lengan kiri Syafie yang lebam selepas terhentak pada akar pokok akibat ditendang seorang aktor muda ketika penggambaran telefilem Neraka Abah.
Aktor yang popular menerusi filem Mukhsin ini berkata, insiden tersebut meninggalkan tanda tanya kepadanya mengenai alasan di sebalik tindakan pelakon remaja yang disifatkan sebagai tidak profesional itu.
“Saya masih tertanya-tanya sama ada dia sengaja atau tidak apabila menendang saya dalam penggambaran itu? Saya tidak tahu apa yang cuba dibuktikan dan niat di sebalik tindakannya tersebut?
“Malah, lebih mengecewakan apabila dia tergelak dan menganggap kejadian itu bukan sesuatu yang serius selepas melihat saya mengerang kesakitan akibat perbuatannya itu,” kongsinya.

via budiey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir