Ning berkata, apabila dibenarkan hamil oleh doktor sejak dua tahun lalu gara-gara komplikasi pada rahimnya, dia banyak mengambil makanan seperti tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat agar mendapat zuriat.
"Dua tahun lalu, terdapat sedikit komplikasi pada rahim saya menyebabkan saya perlu menjalani pelbagai rawatan. Alhamdulillah, selepas kembali sihat, akhirnya saya mengandung juga,” katanya.
Ning, 37, ditemui pada majlis pengesahan rasmi status kehamilannya di Restoran Bijan, dekat sini, Rabu.
Turut hadir suaminya dan Omar Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37.
Dalam pada itu bercerita soal kandungan, Ning teringin untuk mendapat anak perempuan tetapi suaminya mahu anak lelak dengan alasan sudah mempunyai dua orang puteri hasil perkahwinannya terdahulu.