Sinar Harian hari ini melaporkan yang Aliff Aziz masih gagal di’hubungi untuk mendapatkan kenyataan berhubung isu putus cinta dengan Anne Ngasri yang masih hangat di’perkatakan.
Sebaliknya Sony Music, syarikat rakaman naungan Aliff Aziz berkata penyanyi itu kini tidak di’benarkan menjawab sebarang panggilan telefon untuk memberikan sebarang kenyataan.
Oleh kerana sinonim dengan gelaran wartawan di Twitter, kami intai kenyataan Aliff Aziz beberapa hari lalu menerusi laman sosial tersebut untuk mendapatkan ‘kenyataan’.
Pada 21 September 2012, dua hari sebelum umum mengetahui akan kisah putus cinta beliau, Aliff Aziz menulis yang beliau merasa tertekan & berdoa semoga Tuhan sentiasa bersama.
“A very painful lesson learnt,” itu kenyataan Aliff Aziz sejurus satu Malaysia tahu yang hubungan cinta beliau & Anne Ngasri sudah menemui titik noktah.
Beberapa hari kemudian, Aliff Aziz menulis sepotong ayat yang agak cliché untuk kami baca tentang bagaimana beliau tidak menghargai sesuatu yang di’miliki sehingga ia’nya hilang dari genggaman.