Berbangga dengan pencapaian yang diperoleh Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berjanji bakal menganjurkan suatu acara yang istimewa khusus buat anak gadis ND Lala itu.
Malah, Zed Zaidi yang tidak berkesempatan menyambut kepulangan Shila pada petang semalam memberitahu sebuah majlis istimewa bakal diadakan pada November nanti.
"Insya-Allah, saya bersama Seniman memang ada merancang sesuatu untuk mengiktiraf kejayaan Shila. Mengikut perancangan, sebuah majlis istimewa itu akan diadakan pada bulan November nanti.
"Kami akan mengiktiraf Shila sebagai perintis artis muda serta mahu memberikan sumber inspirasi dan motivasi kepada artis yang lain. Ia juga sedikit sebanyak dapat menghargai jasa dan sumbangan Shila pada pertandingan itu.