Utusan Malaysia pagi ini melaporkan yang studio rakaman milik gitaris terkenal Malaysia, Edrie Hashim telah di’pecah masuk sekitar petang semalam.

pic- budiey
Baca semula, laporan akhbar tersebut seperti separuh masak. Heh. Edrie Hashim ketika laporan di’tulis sedang menuju ke studio untuk memastikan kerugian yang di’alami.

Gitaris terkenal itu baru sahaja mengetahui tentang kejadian pecah masuk itu pagi ini melalui salah seorang pekerja beliau & sehingga kini hanya sebuah Mac di’laporkan hilang.
Menurut beliau lagi, studio rakaman yang terletak di Damansara Perdana itu sudah beberapa kali di’pecah masuk & bimbang peralatan muzik menjadi ‘habuan’ perompak.
Laporan akhbar turut mengatakan yang studio itu menempatkan lima buah gitar yang baru di’pakai selama dua tahun & Edrie Hashim bakal membuat laporan polis kelak