"Sebenarnya saya tiada niat hendak menyembunyikan mengenai status kami, tetapi saya akui perlu mencari yang sesuai untuk memberitahu kepada umum tentang kami dan inilah masanya."Lagipun saya mengambil keputusan untuk membuka mulut kerana, saya fikir sampai bila hendak berselindung, lambat laun orang akan tahu juga. Saya tak mahu nanti bila masing-masing sudah ada orang lain, peminat akan bercakap dan membuat spekulasi yang bukan-bukan,"katanya kepada sebuah portal hiburan selepas tayangan preview Hantu Kapcai di Cathay Cineplex, malam semalam.
Remy Ishak yang sebelum ini telah pun mengesahkan tentang status perpisahan mereka, dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya mengenai hak tersebut di akaun Twitter miliknya.