SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Gambar | Nurul Syuhada, Pengacara TV3 Letak Jawatan Isu Bintulu Daif

Hiburan : Gambar | Nurul Syuhada, Pengacara TV3 Letak Jawatan Isu Bintulu Daif


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.
Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?

Sumber memberitahu, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.
Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.
Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir