Membaca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, Abang Nara menjadi pelik kerana mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi Islam.

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai
Berikut ialah ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria:-
Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

via beautiful nara