SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Alif Aziz Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sakit Jantung?

Hiburan : Gambar | Alif Aziz Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sakit Jantung?


Hasrat Aliff Aziz untuk mengadakan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad tidak kesampaian apabila penyanyi kelahiran Singapura itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.


Pengurusnya, Adlina ketika dihubungi mStar Online berkata, Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.
"Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.
"Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital," katanya.
Dalam pada itu, Adlina memberitahu dia tidak pasti sama ada Aliff akan ditahan di hospital atau pun sebaliknya dan ia bergantung kepada pemeriksaan pakar nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir