SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : Gambar | Ustaz Kazim Terima Ugutan Bunuh di Facebook

Berita : Gambar | Ustaz Kazim Terima Ugutan Bunuh di Facebook


Sebuah laman blog tanah air menerima satu komen dari pengikut blognya di laman sosial Facebook apabila komentator itu mendakwa Ustaz Kazim Elias layak dibunuh.
Gempar!! Ustaz Kazim Diugut Bunuh

Isu ini berbangkit lantaran dari blog tersebut berkongsi video ceramah Ustaz Kazim berkeaan isu hudud yang seolah-olah dipermainkan.
Dalam video tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan isu hudud di Malaysia hanya disuarakan ketika musim pilihanraya.
Selepas pilihanraya, isu itu terus sunyi. Jelas menunjukkan ada pihak yang mempermainkan isu tersebut.
Namun, ada komentator menerusi laman Facebook, Abe Mus melatah dengan kenyataan yang diberikan oleh Ustaz Kazim itu.
Abe Mus mendakwa Ustaz Kazim adalah ulama yang layak dibunuh.
Komen tersebut boleh dikira satu ancaman bunuh terhadap Ustaz Kazim.
Malah, komen tersebut dibuat di dalam media sosial yang pastinya akan mempengaruhi segelintir pembaca.
Justeru, blog tersebut meminta agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memantau serta menyiasat individu berkenaan yang secara jelas mendatangkan bahaya kepada Ustaz Kazim.
Malah, kata-kata negatif yang disampaikan oleh Abe Mus tersebut boleh mempengaruhi ideologi seseorang sekaligus menjejaskan keharmonian negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir